Wednesday, 14 May 2014

Strategi Tradisional Komuniti Jakun Tasik Chini, Pahang Mengurus Sumber Semulajadi Secara Lestari

(The Jakun Traditional Strategy in Managing Natural Resource Sustainably Surrounding Tasik Chini Basin, Pahang)

Journal e-Bangi Volume 6, Number 2, 239-254, 2011.
ISSN: 1823-884x

http://journalarticle.ukm.my/2668/1/mustafa011.pdf

Mustaffa Omar, Zanisah Man & Ishak Yussof

ABSTRAK
Mekanisma tradisional yang diamalkan komuniti asli Jakun dalam mengurus sumber semulajadi di sekitar Lembangan Tasik Chini merupakan asas kepada usaha-usaha konservasi yang penting. Sehubungan itu, suatu  kajian telah dijalankan bagi mendokumentasi nilai  penghargaan (values), ancaman dan cabaran (threats & challenges) serta strategi tradisional  yang digunakan komuniti  ini  bagi mengurus sumber semulajadi secara lestari.  Data dikumpulkan melalui beberapa siri lawatan ke lapangan pada tahun 2007-2008 dengan menggunakan soal selidik, kaedah temubual dan pemerhatian langsung.  Seramai 80 orang individu dewasa dengan sebahagian besar merupakan ketua isirumah dari enam buah perkampungan di sekitar Tasik Chini telah ditemubual.  Dapatan kajian menunjukkan  bahawa kawasan lembangan Tasik Chini (termasuk badan air dan sekitarnya) telah menawarkan pelbagai fungsi dan sumbangan  berharga kepada penduduk setempat daripada segi ekonomi dan sosial.    Antara sumbangan bernilai kawasan lembangan tersebut termasuklah sebagai tapak pertanian dan kawasan perikanan, sumber pencarian hasil hutan, mod pengangkutan, dan perlindungan demi kelangsungan hidup penduduk setempat. Penghargaan tinggi penduduk setempat terhadap kawasan  ini telah  mendorong  mereka  mengambil pelbagai strategi bersifat  tradisional untuk mengurus dan melindungi  sumber-sumber sekeliling agar  kekal lestari bagi memenuhi keperluan hidup mereka untuk suatu jangka masa panjang.  Kajian ini merumuskan bahawa sebarang  usaha konservasi  yang ingin dilaksanakan di kawasan ini memerlukan  penglibatan dan penyertaan aktif penduduk setempat.  Untuk sekian lama, strategi pengurusan tradisional yang diamalkan penduduk setempat  telah berjaya melindungi  dan memulihara  sumber-sumber  alam  sekeliling tasik tersebut secara lestari. Namun, kegagalan pihak berkuasa mengambil kira sumbangan strategi traditional penduduk setempat dalam program pemuliharaan tasik ini menyebabkan usaha-usaha pemuliharaan yang dilaksanakan setakat ini  kurang berkesan dalam mencapai matlamatnya.

Kata kunci: Komuniti Orang Asli, Tasik Chini, Pengurusan Sumber Semulajadi, Strategi Traditional, Penyertaan Lokal 

ABSTRACT
Traditional mechanisms adopted by the Jakun community over generations in managing its natural resources sustainably surrounding Tasik Chini area is fundamental to the conservation efforts. In this regard, a study was undertaken to document these traditional strategies, along with its threats and challenges faced by the local communities to manage its natural resources sustainably. Data were collected through a series of field visits in 2007-2008, using questionnaires, face-to-face interviews and 240 direct observation methods. A total of 80 adult members, mainly household heads from six small villages surrounding Tasik Chini area were interviewed. The findings indicate that the water body and land area of Tasik Chini has been offering a variety of functions and valuable contribution to the local people, economically and socially.  Among its valuable contribution  are in agriculture and fisheries,  as well  as forest products to help sustain the local livelihood. Appreciation over the area has prompted many locals to take a variety of traditional strategies for managing and protecting the resources, so that it remains sustainable for future generation. The study concluded that any conservation efforts implemented in these areas requires  an  active  involvement and participation of local residents. For many years before, traditional management strategies adopted by local residents has been successful in protecting and conserving the natural resources around the lake in a sustainable manner. However, the authority failure to take into consideration the importance of traditional strategy is causing the conservation efforts less effective in achieving its goals.

Keywords: Indigenous Community, Chini Lake, Managing Natural Resources, Traditional Strategy, Local Participation
________________________________________________________________________________

No comments:

Post a Comment